Search

Monday, December 29, 2008

Kegiatan Bebas di Kalangan Melayu Sekarang...

Dalam Negara Yang Penuh Dengan Penuh Cabaran. Kalau dilihat Kegiatan tidak bermoral banyak dilakukan oleh anak bangsa kita sendiri (Orang Melayu). Oleh itu, banyak bangsa bangsa laen akan menperkatakankan sejauh mana nama anak bangsa yang diperjuangkan oleh bangsa bangsa terdahulu. seperti Hang hebat, Tok Janggut dan sebagainya... Mungkin itu kerana dulu tidak sekarang kn...

Dari Perpektif dari sudut lain, Pengertian Kegiatan Bebas ini boleh dikatakan sebagai suatu kegiatan seks manusia merupakan sejenis bentuk keintiman fizikal yang semula jadi. Ia bertujuan untuk membiak, menjangkaui cinta terhadap diri sendiri, menyatakan kasih sayang, dan/atau untuk keseronokan (dikenali dalam konteks ini sebagai "pemuasan nafsu diri"). Keinginan untuk bersetubuh merupakan salah satu dorongan asas dalam tingkah laku manusia. Setiap spesies haiwan yang membiak secara seks dan setiap kebudayaan manusia mempunyai berbagai-bagai tingkah laku yang digunakan untuk pemikatan, keintiman, serta kegiatan seks.

Justera, tingkah laku seks manusia ialah tingkah laku yang digunakan oleh manusia untuk mencari pasangan seks, memperoleh persetujuan pasangan, membentuk hubungan intim, menunjukkan nafsu berahi, serta persetubuhan

Apabila dikatakan pasal pergaulan bebas ini, mesti diperkatakan atau dinyatakan terus kepada remaja kita sekarang. hal ini kerana, banyak perlakunya dilakukan oleh remaja... seks sebenarnya tidak salah malah perlaksanaan seks banyak menbantu dalam proses pengedaran atau perlancaran saluran darah, tetapi akan salah sekiarnya salah dari segi pengguanaannya. oleh sebab itu, sangat diperlukan pancegahan dengan memberikan pengetahuan seks. ‘’Pendidikan seks itu sangat penting sekali. Tapi, di masyarakat kita pendidikan seks itu masih dianggap tabu. Berdasarkan pengamatan kami, banyaknya remaja yang terjebak seks bebas ini dikarenakan mereka belum mengetahui tentang seks. Seks itu bukan hanya berhungan intim saja.


Dengan ini berharap, di setiap semua sekolah-sekolah tanpa terkecuali memperkuat kembali kehidupan beragama. ‘’Kita harus menanamkan nilai-nila agama sejak dari sekolah rendah sehingga menengah tidak berkecuali diperingkat Universiti sehingga mereka memiliki kepribadian yang kuat. Disamping itu, pemantauan ibubapa amatlah penting demi melahirkan anak bangasa yang cemerlang,gemilang dan terbilang

Hal yang sama juga diutarakan , akibat perkembangan zaman, ketika agama tidak lagi menjadi pokok dalam kehidupan banyak remaja yang terjebak dalam pergaulan bebas.Solusinya, kuatkan lagi ajaran agama. Baik di sekolah maupun di rumah. agama merupakan kebutuhan pokok, Selain itu, orang tua harus lebih memperhatikan anaknya. Orang tua dan anak harus selalu berkomunikasi. Sehingga tahu persoalan anak. Demi kepentingan bersama.

Kesimpulanannya, Kegiatan bebas dapat dibendung dengan lebih mendalam sekiarnya terdapat kerjasama antara semua pihak.



Lelaki Melayu bermasalah ?

Petikan Berita Utusan

Pada ketika Wawasan 2020 hanya tinggal 13 tahun sahaja lagi, saya percaya kita semua harus bekerja kuat pada masa ini. Namun, saya berasa kecewa dengan sikap kaum lelaki Melayu di negara ini.

Baru-baru ini, saya dan beberapa orang rakan perempuan melalui Stadium Hoki Jalan Pantai Bahru di Lembah Pantai. Pada masa itu, ada sekumpulan pelajar lelaki sedang berehat di tepi pagar dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Saya percaya mereka adalah pelajar sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.

Sudahlah tidak berpakaian dengan sopan, mereka tanpa segan silu bersiul dan cuba mengganggu kami. Entah apa agaknya di fikiran mereka. Mereka ingat lulusan luar negara seperti kami ini berminat hendak berkenalan dengan budak sekolah yang belum habis belajar seperti mereka.

Saya dan kawan-kawan sebenarnya sudah banyak kali diganggu lelaki-lelaki muda tidak bertamadun seperti ini dan berasa sangat sakit hati setiap kali diganggu seperti itu. Kadang-kadang, yang mengusik itu hanya berpakaian compang-camping dan kotor, berbau seperti sudah 10 tahun tidak mandi dan kelihatan seperti penagih dadah pun masih berani mengganggu anak gadis orang.

Pernah suatu ketika saya berada di Bangsar, saya nampak seorang lelaki berpakaian selekeh dengan rokok di tepi bibirnya mengganggu dua orang pelancong wanita berbangsa Inggeris yang hendak ke restoran mamak di situ. Dua pelancong wanita itu kelihatan takut, lalu beredar dari situ dengan segera. Barangkali niat mereka untuk mencuba makanan mamak, terbatal.

Saya berpendapat, sikap lelaki Melayu tidak berubah walau betapa maju pun negara kita. Mereka masih beranggapan wanita perlukan mereka dan mereka tidak peduli untuk memalukan diri sendiri dengan berperangai seperti itu.

Banyak pelajar perempuan di universiti enggan bekerjasama dengan pelajar lelaki kerana mereka merasakan pelajar lelaki memang tidak boleh diharap. Walaupun mereka lulusan luar negara, kerap kali pelajar lelaki kaum lain jauh lebih baik daripada pelajar lelaki Melayu.

No comments:

shareapic

Gadis Melayu @ Awex Cun